Skip to main content

BWCC Worship

BWCC Worship adalah tim pujian dan penyembahan dari Breakthrough Worship Community Church. Melalui penciptaan lagu bersama, serta pelayanan dalam memimpin pujian dalam ibadah, BWCC Worship rindu menyatakan kasih dan kebenaran Yesus Kristus agar banyak orang dapat mengenal serta mengalami kuasa Tuhan yang mengubahkan kehidupan.

Album & Singles BWCC Worship

Pelayanan BWCC Worship

Dua tahun lepas, BWCC Worship telah mengeluarkan album penuh “Greatest Ever” diinspirasi dari Mazmur 95:3 “Sebab TUHAN adalah Allah yang besar, dan Raja yang besar mengatasi segala Allah.” Ertinya, tidak ada satupun yang menandingi kebesaran dan kehebatan Tuhan kita Yesus Kristus. Ianya juga merupakan satu manifestasi perjuangan kami yang berada di perantauan bahawa kami tidak pernah lupa akan panggilan kami sebagai saksi-saksi Tuhan yang diutus tetapi dalam masa yang sama tetap berbakti kepada kampung halaman tercinta yang terpaksa ditinggalkan.

BWCC Worship rindu, setiap lagu yang telah dicipta akan menjadi pedoman kepada ramai orang di seluruh pelusuk negara, khususnya di Sabah dan Sarawak untuk mengenal siapakah Tuhan yang terhebat di dalam hidup mereka. Segala hormat kemuliaan bagi Tuhan Yesus, the GREATEST EVER!

Untuk undangan dalam pelayanan seperti seminar, pujian & penyembahan serta tarian, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Tuhan berkati.

Telefon : 011 2161 7054 (Call/SMS/Whatsapp)

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur E: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054